Monday, September 28

Today

Carita hari ni tak ada yang menarik sebab aku masih sibuk dengan kerja2 mengemas rumah. Maklumlah hari2 je ada je orang datang beraya. Aku ni tak sempat nak relex ade je kerja yang mak aku maintak tolong. Mana tak nyer last year aku beraya di Saudi tahun ni kat malaysia jadi ramai la yang datang nak datang ke rumah tanya kabar dan sambil tu ziarah sekali mak dan bapak aku yang tak lama lagi nak berangkat menunaikan rukun islam yang terakhir. Boleh di katakan sehari aku di rumah dan tak sempat nak bermesra2 dengan kamera.

Semperna cuti panjang ni aku di beri peluang dengan jiran untuk membuat niaga catering. Ok jugak idea jiran aku tu boleh aku buat side income dan ade gak lah aku duit raya tahun ni kekekeke. Sebenar nyer catering ni idea anak dia dan hadir nyer aku dalam perniagaan dorang ni adalah sekadar nak bantu dorang je. Tapi big bos jiran aku dah bagi green light untuk join, so ape lagik aku pun join la. Tugas aku adelah mencari pelanggan dan menghantar pesanan. Jadi kalau korang ade nak buat ape2 program yang membabitkan makanan aku rasa korang dah tahu nak cari siapa kan? Kalau korang nak buat kenduri besar pon dorang amik. Jiran aku ni juga menyediakan perikhmatan seperti kemah, audio setup, dan lain2 yang berkenaan program besar cam tu. Kalau korang nak ape2 boleh la korang cari aku Insyaallah aku boleh tolong untuk korang.

Hari ni hati aku rasa macam nak pergi Tabley la. Entah la kenapa tibe2 je aku rasa cam bekoba2 nak join. Munkin Allah dah bagi green light kat aku soh pergi Tabley. Masa zaman abah muda2 baya aku pon join Tablay. Insyaallah kalau semangat aku ni beterusan aku nak jugak pergi Tabley bila tu aku tak tahu lagi. Buat masa ni tengok jelah ape yang ade kat you tube. Kalau dah boring kat you tube boleh belek2 hadith.

Haaii la nasib.. Semakin hari semakin suram je perasaan ni. Mana tak nyer dah berumur nak lepak luar ngan kawan2 kebanyakan sume dah kawen. Ada yang bujang pun jauh kat luar negara sana. Tak kan aku nak lepak oversea kot macam la aku ni anak kepada jutawan. Hari2 aku main ngan kanak2 kat sini. Bagus gak tu boleh belaja cam mane nak jaga budak2 hehehe.. Macam la aku layak nak jaga budak2, diri sendiri pon tak terjaga..

Aku plan bulan 11 or 12 ni konon2 nyer nak mendaki Kinabalu tapi plan tu macam tak jadi je. Sebab nyer aku tak ade member yang nak join. Nak ajak sepupu dia nak kawen plak. Nak ajak jiran dorang tak minat mendaki. Nak ajak abah, abah pergi haji plak. Nampak gaya nyer macam aku pergi daki gunung Datok je kot untuk lepas gian yang melanda di diri ni. Tak pon aku camping sorang2 je kat Kuala Lipis abis cite.

Esok aku plan nak main helikopter kontrol je la sampai piston helikopter aku meletop. Tak pon esok aku nak buat sesi menuba tasik kat belakang umah aku tu. Sebab nyer 2 hari lepas aku mancing tak dapat ikan dan aku rasa aku telah membuangkan masa free begitu saja. Hahaha aku memain je ade ke gile aku nak menuba tasik kesayangan aku tu. Baik aku menuba kolam pancing bayar kat serdang tu. Ade ke patut dia lepas ikan flower horn kat dalam kolam tu. Abis semua umpan orang ikan jenis bastard tu nak makan. Kalau besar takpe gak ni takat besar 2-3 jari ni. Sengkuang punyer tauke kolam ikan cut cost tahap gaban. Itu adalah terakhir aku datang kolam tu dan akan aku bagi tahu semua orang area serdang jangan pergi kolan ikan flower horn tu. Rasa nak print banner JANGAN PERGI KOLAM BODOH NI BUANG DUIT JE.. Argg geram gile aku.. Maaf iyer ter tencen kat sini plak. Ni angkara terikut perangai Juni yang melepaskan perasaan kat belog. Best plak aku rase.. Hehehe..

Sekarang ni dah pukol 1:39 pagi. Aku dah mengantok ni. Aku tido dulu iyer..Aku celik bijik mata nanti aku merapu lagi yer..

4 comments:

Makcu said...

wow nak g bertabley...
wow nak panjat gunung kinabalu..
wow nak tuba kolam..
wo wow woww...

woo da patot mnamatkan zaman solo da ni...da buhsan2 dok sorang..

marvicn.com said...

susah2 kawen je la bro kalau dah ada calon tu...xder la boring sangat kan..... :)

iYda Juhar said...

banyak nye aktiviti...
wah whahhh

SITI FATIMAH ISMAIL said...

join x tabligh gathering kt nilai ritu..papa sy pi selaku ahli tabligh tegar..huhu