Wednesday, October 7

Cerita Catering

Alhamdulillah hari ni adalah kali pertama aku hantar makanan catering ke pejabat orang.. Tepat pukul 630 pagi jam loceng aku berbunyi menandakan aku kena bangun untuk bersiap sedia untuk menghantar makanan kepada pelanggan yang membuat tempahan terus pada aku.. Selepas selesai bersiap aku terus ke rumah jiran aku untuk mengambil semua lauk2 tempahan tu masuk ke dalam kereta aku.. Selepas semuanya selesai masuk ke dalam kereta aku singgah kerumah balik untuk makan sarapan pagi.. Tepat pukul 830 pagi aku,hakim, dan family jiran aku bertolak menuju ke pejabat pelanggan yang terletak di tengah2 Kuala Lumpur. Pukul 930 pagi aku membuat panggilan kepada pelanggan mengatakan aku sudah sampai di hadapan pejabat dia dan dia sangat teperanjat kerana kami sampai tersangat awal. Kami semua mengeluarkan semua lauk2 masuk ke dalam pejabat dan membuat sedikit setup dekat ruang jamuan tersebut. Setelah selesai semua kira2 pukul 1030 pagi kami terus menuju ke NZ curry house di Wangsa Maju sementara menunggu pelanggan selesai jamuan pukul 230 petang.. Lepak punya lepak jam dah pun pukul 1145 masih ada baki 3 jam lagi untuk menunggu. Uncel Hanif terus ajak kami semua ke Carrefour untuk menyejukan badan la konon2 nyer tapi kami semua bantai main game sampai pukul 1230 tengah hari.. Lepas selesai semua kami semua terus menuju balik ke pejabat melalui Jalan Ampang yang sangat sesak ketika itu.. Kami sampai di pejabat balik pada pukul 120 petang dan sempat juga tumpang solat di lobi bagunan.. Kira2 pukul 215 petang pelanggan tadi call aku bagi tahu aku boleh datang amik semua barang2 kami di pejabat.. Lepas selesai kemas2 pelanggan tu pun bayar duit catering dan berbisik di telinga Nadia anak kepada Uncle Hanif "makanan tadi memang sangat sedap dan kalau boleh kami nak amik catering ni catering tetap pejabat kami".. Apa aku boleh cakap alhamdulillah pelanggan pertama dari aku telah memuji masakan catering jiran aku sangat sedap.. Aku rasa sangat gembira walaupun sedikit penat dan aku berterima kasih kepada pelangan tersebut kerana sudi mencuba catering jiran aku.. Kepada pelangan pertama aku tadi, apa yang kurang dari kami tadi kami memohon maaf dan kerjasama puan dan rakan pejabat akan kami kenang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kumpulan Catering..

4 comments:

baincardin said...

Salam Nazif. Thanks for the vote! ^_^

Hang tak join ka contest tu? cuba try masuk manalaa tau kan kot kot menang ka :)

Lan Bingka said...

tahniah..penghantaran pertama berjaya!

baincardin said...

post ni takde gambar ke bro? :)

Hj Ahmad Nazif Ishak said...

tak sempat nak amik gambar hehe..