Monday, October 12

Isnin

Tadi aku dengan mak aku ke Banting. Pergi amik gelang haji di Lembaga Tabung Haji cawangan Banting. Dari Bagan Lalang aku lalu Tanjung Sepat sampai ke Banting. Suasana perjalanan sangat tenang dan permandangan tepi laut yang sangat indah sekali. Dalam perjalanan aku dan mak banyak berborak pasal pengalaman haji dan pengalaman mak krusus haji di Nilai pada sabtu lepas. Borak punya borak kami pun sampai Banting. Selepas mak aku selesai semua urusan di Banting aku dan mak bertolak dari Banting ke Putrajaya pula untuk menguruskan beberapa pekara. Selepas selesai beberapa pekara tu aku dan mak ke Alamanda. Sampai di Alamanda aku dan mak terus menuju ke medan selera RASA untuk makan tengah hari. Selepas selesai makan aku dan mak menuju pula ke kedai emas untuk mengambil rantai mak yang rosak. Selepas selesai urusan di Putrajaya kami pun menuju ke Klinik di Serdang sebab mak sebenarnya tak berapa sihat semenjak minggu lepas lagi. Doktor periksa mak dan doktor bagi tahu mak kemungkinan kena asma sebab batuk mak dah seminggu tak berhenti dan batuk sampai berdarah. Doktor bagi ubat dan surat MC 2 hari untuk mak rehat secukupnya. Aku dan mak terus balik lepas selesai di klinik. Tu je yang aku nak cerita aku buat hari ni.. Kesimpulannya aku hari ni jadi pemandu peribadi mak aku. Maklumlah mak aku kan tak berapa sihat jadi aku kena la layan dia macam datin sri hari ni. Siapa tak sayang mak sendirikan kan kan.. Jadi korang sayang sayang lah mak korang..

No comments: